Sebanyak 45 kes positif jangkitan Covid-19 di negara ini dilaporkan telah pulih dan dibenarkan keluar hospital setakat Rabu (24 Jun 2020).
Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu sidang media sebentar tadi.
Ianya sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan dibenarkan keluar hospital di negara ini meningkat kepada 8,231 orang iaitu bersamaan dengan 95.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Sumber: Sidang Media KKM