Gambar: Bernama

TERKINI: 3,733 Kes Baharu COVID-19 Hari Ini, Selangor Tertinggi Dengan 1,278 Kes

Aqmal Ezany

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat 3,733 kes positif COVID-19 baharu yang dicatatkan hari ini.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di akaun Twitter rasminya, 3,733 kes positif baharu itu menjadikan jumlah kes kumulatif meningkat kepada 440,677.

Selangor sekali lagi merupakan negeri yang tertinggi mencatatkan kes positif baharu pada hari ini iaitu sebanyak 1,278 kes diikuti dengan Sarawak sebanyak 454 kes dan Johor sebanyak 365 kes.

Sumber: Noor Hisham Abdullah