Gambar: Bernama

TERKINI: 3,631 Kes Positif Baharu Covid-19 Dengan 14 Kematian Dicatatkan Hari Ini

Sha Rossa

Sebanyak 3,631 kes jangkitan Covid-19 dicatatkan hari ini sekaligus menjadikan jumlah kes positif di Malaysia adalah sebanyak 165,371 kes setakat Selasa (19 Januari 2020), jam 12 tengahari.

Menerusi sidang media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, oleh itu jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah sebanyak 39,464 kes.

Daripada 3,631 kes baharu pada hari ini, tujuh (7) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan Covid-19 dalam negara pula adalah sebanyak 3,624 kes.

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,199 kes diikuti oleh Sabah 526 kes, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 521 kes, Johor 368 kes dan lain-lain.

Pesakit yang sembuh pada hari ini adalah sebanyak 2,944 kes sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang pulih sepenuhnya adalah seramai 125,288 kes (75.08 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga kini, terdapat 238 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 96 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Manakala, terdapat pertambahan 14 kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 619 kes (0.37 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sumber: Sidang Media KKM