
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat penambahan kes positif Covid-19 iaitu 3,318 pada hari ini, 12 Februari 2021. Sehubungan dengan itu, sebanyak 3,505 kes telah sembuh.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam satu kenyataan, pertambahan tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 adalah 258, 306 kes.
Bagaimanapun, jumlah kes aktif di negara kita mencecah 51,579 kes. Daripada jumlah tersebut seramai 258 telah dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuk 119 memerlukan bantuan pernafasan.
Dukacita dimaklumkan bahawa hari ini telah mencatat lagi kes kematian tertinggi iaitu 17 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian meningkat kepada 953 kes.
Ini pecahan kes positif mengikut negeri.
Seperti mana yang dilihat pada gambar rajah di bawah menunjukkan Selangor mencatat 1,214 kes positif dan diikuti dengan negeri Johor iaitu sebanyak 742 kes.
Bagaimanapun, negeri Perlis masih lagi mencatat sifar kes positif Covid-19.

Sumber: KKM