TERKINI: 3,288 Kes Positif Baharu Covid-19, Selangor Catat 1,757 Kes Hari Ini

Edayu

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat pertambahan kes baharu positif Covid-19 pada hari ini, 10 Februari 2021 dengan mencatat sebanyak 3,288 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif meningkat kepada 251,604.

Justeru itu, peningkat kes baharu hari ini telah menaikkan jumlah kes aktif di negara ini kepada 52,186 kes. Daripada jumlah tersebut, seramai 285 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuk 131 memerlukan bantuan pernafasan.

Sehubungan dengan itu, kes sembuh mencatat angka 1,929 dan jumlah kumulatif untuk kes sembuh di negara kita adalah sebanyak 198,495 kes.

Dukacita dimaklumkan bahawa kes kematian meningkat kepada 14 kes setakat hari ini. Jumlah kumulatif kes kematian kian tinggi dan catat 923 kes.

Senarai pecahan kes baharu mengikut negeri.

Seperti yang kita dapat lihat pada gambar rajah di bawah menunjukkan Selangor mencatat sebanyak 1,757 kes baharu positif Covid-19 dan diikuti dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan catatan kes 408.

Sumber: KKM