Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 7 kes telah pulih dan discaj dengan jumlah kumulatif adalah sebanyak 9,203 kes bersamaan 92.53%.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan di laman Twitter, Datuk Dr Noor Hisham juga memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 31 kes baharu Covid-19 termasuk 28 kes tempatan dan 3 kes import. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 9,946 dengan 615 kes aktif.
Tiada pertambahan kes kematian dilaporkan pada hari ini.
Sumber: Noor Hisham Abdullah