Sebanyak 2,461 kes baharu jangkitan Covid-19 dicatatkan hari ini sekaligus menjadikan jumlah kes positif di Malaysia adalah sebanyak 280,272 kes setakat Sabtu (20 Februari 2020), jam 12 tengahari.
Menurut perkongsian terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), oleh itu jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah sebanyak 34,468 kes.
Daripada 2,461 kes baharu pada hari ini, semuanya merupakan kes tempatan di mana Selangor kekal tertinggi iaitu sebanyak 1,001 kes diikuti Kelantan 257 kes, Johor 233 kes, Kuala Lumpur 230 kes, Sarawak 134 kes dan lain-lain lagi.
Berikut merupakan pecahan kes baharu mengikut negeri:
Pesakit yang sembuh pada hari ini adalah sebanyak 4,782 kes sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang pulih sepenuhnya adalah seramai 244,753 kes.
Sehingga kini, terdapat 207 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 91 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.
Manakala, dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan 8 kes kematian Covid-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,051 kes.
Sumber: KKM Putrajaya