Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan terdapat pertambahan sebanyak 24,599 kes positif Covid-19 baharu pada hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah kumulatif penularan wabak itu di Malaysia kini mencecah kepada 1,640,843 kes.
Berdasarkan statistik KKM, Selangor kekal mencatatkan angka harian tertinggi dengan 6,936 kes, diikuti Sabah dengan 3,487 kes dan Johor 2,785 kes.
Dalam pada itu, Johor, Sarawak dan Pulau Pinang masing-masing turut mencatatkan pertambahan angka harian melebihi 2,000 kes hari ini.
Manakala, Labuan menjadi satu-satunya wilayah pada hari ini mencatatkan kes satu angka dengan merekodkan hanya tiga kes harian.
Selain itu, jumlah kes sembuh dan kematian terkini akan dimaklumkan dalam laporan seterusnya.

Sumber: KKM