Sebanyak 7 kes yang telah pulih dari jangkitan Covid-19 dan discaj dari hospital pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes discaj adalah sebanyak 9, 143 bersamaan 95.4%.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, jumlah kes baharu Covid-19 pula adalah sebanyak 24 kes termasuk 18 kes tempatan dan 6 kes import. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 9, 583 kes dengan 317 kes yang masih aktif.
Tiada kes kematian yang dicatatkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah kekal sebanyak 128 kes bersamaan 1.35%.
Menurut maklumat daripada KKM, kes tertinggi dilaporkan dari Kluster Sungai di Kedah iaitu 13 kes. Hanya dua kes dari Kluster Benteng LD.
Gambar: FB Noor Hisham AbdullahSumber: Noor Hisham Abdullah