Sehingga 10 April 2020, Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan dalam sidang media harian yang disampaikan oleh Dr Noor Hisham Abdullah bahawa terdapat 224 anggota kesihatan KKM yang telah dikesan positif COVID-19.
Berdasarkan siasatan setakat ini, Dr Noor Hisham menegaskan bahawa tiada kes yang berpunca daripada pengendalian kes yang disahkan positif dari wad Covid-19 atau ICU khusus untuk pesakit Covid-19.
Sehubungan dengan itu sehingga setakat ini, terdapat jumlah kumulatif kes positif Covid-19 adalah 4,530 kes dengan bacaan 44% telah sembuh daripada jumlah tersebut.
Sumber: Sidang Media KKM