Sehingga hari ini, 5 Mac 2021, KKM memaklumkan pertambahan kes positif baharu dengan mencatat 2,154 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negara kita adalah sebanyak 310,097.
Daripada jumlah tersebut, terdapat 22,034 kes masih aktif. Justeru itu, terdapat 184 pesakit yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuk 87 yang memerlukan bantuan pernafasan.
Sehubungan dengan itu, kes sembuh turut mencatat jumlah yang tinggi dengan 3,275 kes. Jumlah keseluruhan kumulatif kes sembuh adalah 286,904 kes.
Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan 6 lagi kes kematian di negara ini. Hal ini juga telah meningkatkan jumlah kumulatif kes kematian iaitu pada 1,159.
Ini pecahan kes baharu positif Covid-19 bagi setiap negeri.

Sumber: KKM