Gambar: Bernama

TERKINI: 2,148 Kes Baharu COVID-19 Hari Ini, Sarawak Dan Selangor Antara Tertinggi

Amira

Putrajaya, 15 April – Kes baru COVID-19 terus meningkat hari ini mencapai angka 2,148, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 367,977 sehingga kini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, negeri Sarawak mencatatkan jumlah tertinggi dengan 512 kes diikuti Selangor (459), Kelantan (221) dan Sabah (202).

Sementara itu, tiga negeri/wilayah yang mencatatkan kes terendah ialah Perlis, 1 kes, diikuti WP Labuan dan WP Putrajaya.

Terdahulu, KKM mengesahkan kadar kebolehjangkitan COVID-19 bagi seluruh negara adalah 1.14, manakala kadar tertinggi dicatatkan di Terengganu, Kelantan dan Putrajaya.

Ringkasan kes baharu COVID-19 mengikut negeri adalah seperti di bawah:

Sehingga *15 April 2021* Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah *2,148 kes (367,977 kes)*

Pecahan setiap negeri (Kumulatif): Selangor – 459 (121,817) Sabah – 202 (56,367) Johor – 182 (42,708) WP KL – 171 (39,419) Sarawak – 512 (21,960) Pulau Pinang – 134 (17,993) Negeri Sembilan – 34 (17,731) Perak – 51 (13,935) Kedah – 26 (8,971) Kelantan – 221 (7,727) Melaka – 53 (6,850) Pahang – 34 (4,613) Terengganu – 57 (3,863) WP Labuan – 3 (2,418) WP Putrajaya – 8 (1,262) Perlis – 1 (343)

Sumber: Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah