Gambar Hiasan via Google

TERKINI: 212 Lagi Kes Terbaru Positif Covid-19 Di Malaysia Hari Ini

Aqmal Ezany

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan bahawa 212 kes positif lagi dilaporkan sehingga 12 tengah hari tadi.

Dalam satu sidang media yang dilakukan sebentar tadi, beliau menyatakan bahawa daripada 212 kes baru, 123 dari kluster tabligh manakala selebihnya kontak rapat, PUI dan masih dalam siasatan.

Dalam pada itu 57 kes daripada jumlah itu kini sedang dirawat di ICU dan 27 kes yang lain kini sedang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sumber: KKM