Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan terdapat pertambahan 21,176 kes positif COVID-19 pada hari ini.
Angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 negara kian meningkat kepada 1,940,950 kes setakat ini.
Berdasarkan statistik KKM, Sarawak mencatatkan angka harian tertinggi dengan 3,734 kes, diikuti Selangor dengan 3,595 kes dan Johor 2,297 kes.
Terdapat lapan negeri yang merekodkan kes empat angka hari ini iaitu Selangor, Sabah, Johor, Sarawak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Perak.
Dalam pada itu, penggunaan katil ICU bagi kes COVID-19 kini adalah sebanyak 82 peratus, manakala penggunaan katil bukan ICU pula sebanyak 82 peratus.
Sumber: Twitter Dr. Noor Hisham