Putrajaya, 30 November – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan 1,212 lagi kes baru COVID-19 direkodkan di Malaysia setakat 12 tengah hari tadi.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, angka itu menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di negara ini adalah mencecah 65,697 setakat ini.
Sementara itu, seramai 2,112 pesakit disahkan sembuh, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 54,759 kes.
Dukacita dimaklumkan, sebanyak 3 kematian hari ini. Maklumat lanjut menyusul.
Sumber: KKM