Sebanyak 2,063 kes baharu jangkitan Covid-19 dicatatkan hari ini sekaligus menjadikan jumlah kes positif di Malaysia adalah sebanyak 307,943 kes setakat Khamis (4 Mac 2021), jam 12 tengahari.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah sebanyak 23,161 kes.
Daripada 2,063 kes baharu pada hari ini, sembilan (9) kes merupakan kes import dan selebihnya merupakan kes tempatan di mana Selangor kekal tertinggi iaitu sebanyak 630 kes diikuti Sarawak 361 kes, Pulau Pinang 337 kes, Johor 255 kes, Kuala Lumpur 120 kes, Perak 101 kes dan lain-lain lagi.
Berikut merupakan pecahan kes baharu mengikut negeri:
Pesakit yang sembuh pada hari ini adalah sebanyak 2,922 kes sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang pulih sepenuhnya adalah seramai 283,629 kes.
Sehingga kini, terdapat 193 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 99 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.
Manakala, dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan lima (5) kes kematian Covid-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,153 kes.
Sumber: Sidang Media KKM