Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa sehingga 5 September 2021, terdapat 20,396 kes COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia.
Jumlah kumulatif kes positif di Malaysia kini meningkat kepada 1,844,835 kes sementara lapan negeri mencatat ribuan kes positif hari ini.
Lapan negeri yang mencatat ribuan kes hari ini ialah:
Selangor (3,886 kes)
Sarawak (3,747 kes)
Johor (2,165 kes)
Sabah (2,136 kes)
Pulau Pinang (1,961 kes)
Kedah (1,587 kes)
Kelantan (1,078 kes)
Perak (1,057 kes)
Wilayah Persekutuan Labuan masih kekal dengan catatan kes terendah iaitu sebanyak 4 kes.
Turut menunjukkan penurunan kes berbanding semalam ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (597 kes) dan Perlis (78 kes).
Manakala kes harian di Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu dan Wilayah Persekutuan Putrajaya dilaporkan meningkat berbanding semalam.
Sumber: DG Hisham