Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini mencatatkan bilangan kes positif Covid-19 iaitu 19,733. Daripada jumlah tersebut, negeri Sarawak mencatat kes tertinggi dengan catatan kes sebanyak 3,100. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 adalah 1,900,467.
Semalam, Sarawak mencatatkan 3,200 kes baharu, manakala pada Isnin 3,714 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di Twitter dan Facebook memaklumkan pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes di seluruh negara kini mencecah 1,900,467 kes.
Selangor pula mencatatkan kes harian kedua tertinggi iaitu 2,989 kes diikuti Pulau Pinang (2,474), Sabah (2,067), Johor (1,867), Kedah (1,564), Kelantan (1,471) dan Perak (1,319).
Sementara itu, negeri yang merekodkan kes di bawah empat angka adalah Terengganu (904), Pahang (700), Kuala Lumpur (537), Melaka (375), Negeri Sembilan (256), Perlis (74), Putrajaya (29) dan Labuan (7).
Sumber: DG Noor Hisham