Gambar Sekadar Hiasan

TERKINI: 19,550 Kes Covid-19 Direkodkan, 8 Negeri Catat Kes 4 Angka Termasuk Perak

Nur Adnin

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan terdapat pertambahan 19,550 kes positif Covid-19 baharu direkodkan hari ini.

Angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes jangkitan itu di negara meningkat kepada 1,960,500 kes setakat ini.

Berdasarkan statistik KKM, sebanyak lapan negeri merekodkan kes harian empat angka iaitu Sarawak tertinggi dengan 3,743 kes, diikuti Selangor (2,416 kes), Johor (2,282 kes), Sabah (2,163 kes), Pulau Pinang (1,865 kes), Kedah (1,390 kes), Perak (1,354 kes), Kelantan (1,320 kes) dan lain-lain lagi.

Sementara itu jumlah kes sembuh dan kematian baharu akan dimaklumkan dalam laporan selanjutnya.

Sumber: KKM