Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan kes baharu Covid-19 hari ini iaitu 19,307 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di negara ini mencatatkan 1,919,774 kes.
Dalam hantaran Ketuan Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menunjukkan negeri Sarawak masih mencatat kes tertinggi pada hari ini iaitu 3,118 kes diikuti dengan negeri Selangor iaitu 2,700 dan Sabah (2,298).
Bagaimanapun, negeri Perlis terus mencatat peningkatan kes. Hari ini, negeri tersebut mencatat kes lebih dari 100 iaitu 108 kes.
Sumber: DG Noor Hisham