Gambar: Bernama

TERKINI: 19,057 kes COVID-19 Baharu Dilaporkan, 4 Negeri Catat Kes Atas 2000

Aqmal Ezany

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa sehingga 4 September 2021, terdapat 19,057 kes COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia.

19,057 kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes yang dilaporkan di Malaysia meningkat kepada 1,824,439 kes.

Selangor masih lagi kekal menjadi negeri yang paling tinggi mencatatkan kes harian iaitu sebanyak 3,775 kes.

Sarawak pula berada di kedudukan kedua apabila mencatatkan sebanyak 2,723 kes pada hari ini.

Sabah mencatatkan sebanyak 2,279 kes baharu pada hari ini sekali gus meletakkannya di kedudukan ketiga.

Sementara itu, negeri-negeri lain juga masih lagi mencatatkan ratusan dan ribuan kes kecuali Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Perlis.

Sumber: Noor Hisham Abdullah