Kes baharu COVID-19 yang dilaporkan pada hari ini adalah sebanyak 18,815 dan menjadikan bilangan kes kumulatif sebanyak 2,049,750.
Menurut makluman Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat lapan negeri yang mencatatkan ribuan kes baharu termasuklah Sarawak dengan rekod tertinggi iaitu 3,660.
Selangor mencatatkan pertambahan 2,718 kes manakala Johor merekodkan 2,206 kes baharu.
Status terkini Kapasiti & Penggunaan Katil COVID-19, Pemberian Vaksin & Kes Baharu Sehingga 16 September 2021:
1) Kapasiti & Penggunaan Katil COVID-19 (Sehingga 15 September 2021, 5pm)
• Penggunaan katil Bukan ICU 71%
• Penggunaan katil ICU 81%
2) Peratus Kumulatif Pemberian Dos Vaksin COVID-19 (Sehingga 15 September 2021, 11:59pm)
• % Populasi Keseluruhan – 1 dos 66.5%
• % Populasi Keseluruhan – lengkap 54.6%
• % Populasi Dewasa – 1 dos 92.5%
• % Populasi Dewasa – lengkap 76.2%
3) Bilangan Kes COVID-19 Mengikut Negeri (Sehingga 16 September 2021, 12:00 Tengah Hari)
• Bilangan kes baharu 18,815 kes
• Bilangan kes kumulatif 2,049,750 kes
Gambar via Noor Hisham Abdullah
Gambar via Noor Hisham AbdullahKredit: Noor Hisham Abdullah