Kes baharu Covid-19 hari ini dicatatkan sebanyak 1,870 kes. Daripada jumlah keseluruhan terdapat 1,868 kes tempatan dan hanya 2 import. Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 110,485 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 22,562 kes.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 745 kes pesakit sembuh. Hal ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh meningkat kepada 87,460 kes.
Sehingga kini, terdapat 131 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 62 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat 6 kes kematian dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 463 kes.
Sehubungan dengan itu, KKM mengenal pasti 8 kluster baharu pada hari ini. Ini senarai penuh tentang kluster baharu tersebut.
Kluster ini melibatkan daerah Johor Bahru, Pontian, Kota Tinggi, Kulai, dan Mersing di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 24 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah pusat tahanan. Sehingga 30 Disember 2020, sejumlah 1,020 individu telah disaring, di mana 382 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 27 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan. Sehingga 30 Disember 2020, sejumlah 318 individu telah disaring, di mana 64 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes pertama bagi kluster ini (iaitu kes ke-94863) telah dilaporkan positif Covid-19 pada 21 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 30 Disember 2020, sejumlah 607 individu telah disaring, di mana 54 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif Covid-19 pada 30 Disember 2020 melalui saringan bersasar di tempat kerja. Sehingga 30 Disember 2020, sejumlah 44 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.
Kluster ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-107921) telah dilaporkan positif Covid-19 pada 29 Disember 2020 melalui saringan di tempat kerja. Sehingga 30 Disember 2020, sejumlah 54 individu telah disaring, di mana enam (6) kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.
Kluster ini melibatkan daerah Kerian dan Kinta di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-100176) telah dilaporkan positif Covid-19 pada 24 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 30 Disember 2020, sejumlah 53 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.
Kluster ini melibatkan daerah Bentong di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-108567) telah dilaporkan positif Covid-19 pada 29 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 30 Disember 2020, sejumlah 65 individu telah disaring, di mana 21 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.
Kluster ini melibatkan daerah Kota Setar di Kedah serta daerah Titiwangsa dan Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-101128) telah dilaporkan positif Covid-19 pada 25 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 30 Disember 2020, sejumlah 33 individu telah disaring, di mana 20 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.
Ini senarai jumlah kes baharu mengikut negeri

Sumber: KKM