Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan terdapat pertambahan 18,547 kes positif COVID-19 dilaporkan hari ini.
Angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 negara kian meningkat kepada 1,880,734 kes setakat ini.
Berdasarkan statistik KKM, Sarawak mencatatkan angka harian tertinggi dengan 3,200 kes, diikuti Selangor dengan 2,407 kes dan Johor 2,174 kes.
Terdapat lapan negeri yang merekodkan kes lebih 1,000 iaitu Selangor, Sabah, Johor, Sarawak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Perak.
Angka kes sembuh dan kematian baharu akan dimaklumkan dalam laporan selanjutnya.
Sumber: KKM