Setakat hari ini, 1 Mac 2021, Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa terdapat 1,828 kes positif baharu Covid-19. Sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes keseluruhan adalah 302, 580.
Oleh yang demikian, jumlah kes aktif direkodkan sehingga hari ini adalah 25, 542 kes. Daripada jumlah tersebut, seramai 198 sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuklah 90 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.
Sehubungan dengan itu, angka kes sembuh lebih tinggi iaitu sebanyak 2,486 kes. Hal ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh meningkat kepada 275,903 dengan persamaan 91.18 peratus.
Dukacita dimaklumkan bahawa, sehingga hari ini KKM mengesan lagi 5 kes kematian dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian meningkat kepada 1,135.
Status pecahan kes mengikut negeri.
Lihat pada pecahan di bawah, kebanyakan negeri mencatat jumlah kes baharu pada tahap yang rendah berbanding bulan lepas. Negeri Selangor mencatat jumlah kes positif iaitu 453, jumlah ini antara yang terendah sejak kebelakangan ini.
Bagaimanapun, negeri Johor mencatat angka tinggi pada hari ini iaitu sebanyak 490 kes baharu positif Covid-19.