Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 1,680 kes baharu covid-19 yang dilaporkan pada hari ini.
Menerusi maklumat yang dikongsikan melalui akaun Twitter rasmi KKM, 1,680 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan meningkat kepada 311,777 kes secara keseluruhan.
Daripada 1,680 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 1,677 merupakan kes tempatan manakala 3 lagi adalah kes import.
Jumlah kes aktif yang dilaporkan pula adalah sebanyak 21,159 kes. Mereka telah diasingkan dan diberikan rawatan.
Terdapat 172 kes yang sedang dirawat di ICU dan 84 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.
Jumlah kes discaj yang dilaporkan pada hari ini pula adalah sebanyak 2,548. Oleh itu, jumlah kumulatif kes discaj meningkat kepada 289,452 kes.
KKM juga turut memaklumkan bahawa terdapat 7 kes kematian yang dicatatkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian meningkat kepada 1,166 kes.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia