SERAMAI 166 kes pulih terbaharu dicatatkan setakat hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh dan dibenarkan discaj sebanyak 1,487 kes, bersamaan 36.1 peratus daripada jumlah kes keseluruhan.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia