Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 1,581 kes baharu covid-19 yang dilaporkan pada hari ini.
Menerusi maklumat yang dikongsikan melalui akaun Twitter rasmi KKM, 1,581 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan meningkat kepada 100,318 kes secara keseluruhan.
Daripada 1,581 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 1,579 merupakan kes tempatan manakala 2 lagi adalah kes import.
Jumlah kes aktif yang dilaporkan pula adalah sebanyak 18,773 kes. Mereka telah diasingkan dan diberikan rawatan.
Terdapat 102 kes yang sedang dirawat di ICU dan daripada itu, 45 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.
Jumlah kes discaj yang dilaporkan pada hari ini pula adalah sebanyak 1,085. Oleh itu, jumlah kumulatif kes discaj meningkat kepada 81,099 kes.
KKM juga turut memaklumkan bahawa terdapat 2 kes kematian yang dicatatkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian meningkat kepada 446 kes atau bersamaan dengan 0.5% secara keseluruhannya.
Selain daripada itu juga, KKM turut mengenal pasti 4 kluster baharu pada hari ini.
Antara kluster-kluster tersebut adalah Kluster Kebun Baru, Kluster Sungai Burong, Kluster Tapak Bina Jalan Tun dan Kluster Jalan Pandan.
Berikut adalah perincian berkenaan kluster-kluster yang berjaya dikenal pasti pada hari ni:
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Langat di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 24 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah kilang. Sehingga 24 Disember 2020, sejumlah 580 individu telah disaring, di mana 95 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
Kluster ini melibatkan daerah Kuala Selangor di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-91410) merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) dan telah dilaporkan positif COVID-19 pada 19 Disember 2020. Sehingga 24 Disember 2020, sejumlah 167 individu telah disaring, di mana 28 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 24 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan. Sehingga 24 Disember 2020, sejumlah 177 individu telah disaring, di mana 26 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai, Cheras, Kepong, dan Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta daerah Gombak, Petaling, Kuala Selangor dan Hulu Langat di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-84263) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 14 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 24 Disember 2020, sejumlah 165 individu telah disaring, di mana 30 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia