Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa, sebanyak 15,759 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 2,127,934 kes.
Sarawak masih mencatatkan kes harian tertinggi dengan jumlah 3,732 kes dan menunjukkan peningkatan berbanding 3,611 kes semalam.
Selain Sarawak, negeri yang mencatatkan ribuan kes positif harian hari ini termasuk Selangor (1,934 kes), Sabah (1,291 kes), Johor (1,959 kes), Pulau Pinang (1,417 kes), Kelantan (1,338 kes) dan Perak (1,184 kes).
Sementara negeri yang merekodkan kes positif terendah adalah Perlis dan Wilayah Persekutuan Putrajaya, masing-masing dengan catatan 23 dan 34 kes.
Wilayah Persekutuan Labuan turut melaporkan 12 kes positif harian hari ini setelah mencatat sifar kes dua hari berturut-turut.
Sumber: DG Hisham