Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat 15,573 kes baharu COVID-19 yang dicatatkan pada hari ini.
Jumlah kes positif harian yang dicatatkan pada hari ini adalah merupakan kes yang paling tinggi pernah direkodkan di Malaysia.
15,753 kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 980,491 kes.
Selangor mencatatkan pertambahan sekali gus menduduki senarai teratas negeri paling tinggi mencatatkan kes harian COVID-19 iaitu sebanyak 7,672 kes.
Wilayah Persekutuan juga pada hari ini mencatatkan peningkatan kes yang begitu mendadak sekali gus berada di kedudukan kedua dengan mencatatkan sebanyak 2,063 kes.
Johor pula mencatatkan sebanyak 722 kes pada hari ini dan berada di kedudukan ketiga tertinggi.
Negeri-negeri lain masih lagi mencatatkan ratusan kes kecuali bagi Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Perlis.
Sumber: Noor Hisham Abdullah