Sebanyak 1,470 kes kes baharu jangkitan Covid-19 dicatatkan hari ini sekaligus menjadikan jumlah kes positif di Malaysia adalah sebanyak 304,135 kes setakat Sabtu (12 Mac 2021), jam 12 tengahari.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah sebanyak 16,711 kes.
Daripada 1,470 kes kes baharu pada hari ini, 12 kes merupakan kes import dan selebihnya merupakan kes tempatan di mana Selangor kekal tertinggi iaitu sebanyak 551 kes diikuti Sarawak 222 kes, Pulau Pinang 178 kes, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 158 kes, Johor 101 kes, Perak 72 kes dan lain-lain.
Berikut merupakan pecahan kes baharu mengikut negeri:
Pesakit yang sembuh pada hari ini adalah sebanyak 1,830 kes sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang pulih sepenuhnya adalah seramai 304,492 kes.
Sehingga kini, terdapat 162 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 70 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.
Manakala, dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan tiga (3) kes kematian Covid-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,206 kes.
Sumber: KKM