Sebanyak 1,384 kes kes baharu jangkitan Covid-19 dicatatkan hari ini sekaligus menjadikan jumlah kes positif di Malaysia adalah sebanyak 335,540 kes setakat Selasa (23 Mac 2021), jam 12 tengahari.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah sebanyak 14,454 kes.
Daripada 1,384 kes kes baharu pada hari ini, sembilan (9) kes merupakan kes import dan selebihnya merupakan kes tempatan di mana empat (4) negeri kekal mencatatkan kes tiga angka iatu Selangor dengan 625 kes diikuti Johor 161 kes, Sarawak 140 kes, Pulau Pinang 1oo kes dan lain-lain.
Berikut merupakan pecahan kes baharu mengikut negeri:
Pesakit yang sembuh pada hari ini adalah sebanyak 1,058 kes sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang pulih sepenuhnya adalah seramai 319,842 kes.
Sehingga kini, terdapat 148 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 62 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.
Manakala, dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan enam (6) kes kematian Covid-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,244 kes.
Sumber: KKM Putrajaya