Sebanyak 1,309 lagi kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di negara adalah sebanyak 64,485 kes setakat Ahad (29 November 2020), jam 12 tengahari.
Menurut perkongsian terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kuala Lumpur mencatatkan kes baharu paling tinggi iaitu 493 kes diikuti Sabah 290 kes, Selangor 238 kes, Perak 77 kes, Kedah 52 kes dan lain-lain.
Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah sebanyak 11,481 kes dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan di hospital.
Pesakit yang sembuh juga merekodkan jumlah tertinggi berbanding kes baharu hari ini iaitu sebanyak 1.,333 sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang pulih sepenuhnya adalah seramai 52,647 kes.
Sehingga kini, terdapat 116 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 42 kes daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Dukacita dimaklumkan, terdapat tiga (3) kes kematian pada hari ini sekaligus menjadikan jumlah kematian Covid-19 di negara ini meningkat kepada 357 orang.
Sumber: KKM Malaysia