Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat 1,302 kes positif Covid-19 baharu yang dilaporkan hari ini.
1,302 kes positif baharu COVID-19 itu menjadikan jumlah kumulatif kes yang dicatatkan di Malaysia meningkat kepada 341,944 kes secara keseluruhannya.
Menerusi perkongsian yang dibuat melalui akaun Twitter rasminya, terdapat empat negeri yang mencatatkan ratusan kes positif baharu pada hari ini.
Sarawak pada hari ini telah mencatatkan jumlah kes positif baharu yang tertinggi iaitu sebanyak 426 kes.
Selangor pula berada di kedudukan kedua tertinggi dengan mencatatkan kes positif baharu sebanyak 256 kes, manakala Pulau Pinang dengan 212 kes.
Negeri Johor pula mencatatkan 176 kes positif baharu dan bagi negeri-negeri lain pula hanya mencatatkan puluhan kes sahaja.
Sumber: Noor Hisham Abdullah