Gambar Sekadar Hiasan

TERKINI: 12,735 Kes Baharu COVID-19 Hari Ini Dengan 5 Negeri Catat Ribuan Kes

Nur Adnin

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan terdapat pertambahan 12,735 kes COVID-19 baharu pada hari ini.

Angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 negara turut meningkat kepada 2,245,695 kes setakat ini.

Berdasarkan statistik KKM, Sarawak masih mencatatkan angka harian tertinggi dengan 2,487 kes, diikuti Selangor dengan 1,940 kes dan Johor 1,241 kes.

Sementara itu, Perlis merekodkan kes harian menghampiri tiga angka dengan 97 kes hari ini.

Jumlah kes sembuh dan kematian terkini akan dimaklumkan dalam laporan selanjutnya.

Sumber: KKM