Kementerian Kesihatan memaklumkan terdapat pertambahan 12,541 kes COVID-19 positif baharu yang direkodkan hari ini.
Angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 negara meningkat kepada 893,323 kes.
Berdasarkan statistik KKM, Selangor kekal mencatatkan angka harian tertinggi dengan 5,512 kes, diikuti Negeri Sembilan dengan 1,619 dan WP Kuala Lumpur sebanyak 1,542 kes.
Angka sembuh dan kematian baharu akan dimaklumkan kemudian.
Sumber: KKM