
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan terdapat pertambahan 12, 434 kes COVID-19 baharu pada hari ini.
Angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 negara kian meningkat kepada 2,232,960 kes setakat ini.
Berdasarkan statistik KKM, Sarawak masih kekal mencatatkan angka harian tertinggi dengan 2,967 kes, diikuti Selangor dengan 1,362 kes dan Johor 1,289 kes.
Selain itu, angka kes bagi kes sembuh dan kematian baharu pula akan dimaklumkan dalam laporan selanjutnya.
Sumber: KKM