Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat pertambahan kes sembuh iaitu seramai 1018 pesakit telah sembut dan dibenarkan keluar wad hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh adalah 36,624 bersamaan dengan 73.6 peratus.
Sehingga hari ini 17 November 2020, pertambahan kes positif kian meningkat kepada 1210 kes baru yang dilaporkan hari ini termasuk 19 kes import dan 1191 adalah penularan tempatan. Justeru itu, jumlah kumulatif kes positif meningkat kepada 49730 kes. Daripada jumlah tersebut, terdapat 13,806 kes aktif dilaporkan.
Seperti laporan yang disampaikan oleh KKM, terdapat 105 pesakit berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 40 memerlukan bantuan penafasan.
Dukacita dimaklumakan bahawa terdapat pertambah kes kematian baharu iaitu 5 kematian. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian meningkat kepada 318 kes.
Sumber: DG Noor Hisham, KKM
Jangan lupa Subscribe kami di Youtube