Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat 1,178 kes positif COVID-19 baharu yang dicatatkan pada hari ini.
Menerusi akaun Facebook rasminya, 1,178 kes positif baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 yang dilaporkan di Malaysia meningkat kepada 346,678 kes secara keseluruhannya.
Daripada perkongsiannya, sebanyak 4 negeri mencatatkan ratusan kes positif COVID-19 baharu pada hari ini.
Sarawak mencatatkan kes positif baharu yang paling tinggi dengan 238 kes.
Selangor pula berada di tangga kedua dengan 237 kes dan Johor pula berada pada kedudukan ketiga dengan 165 kes.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula keempat dengan mencatatkan kes sebanyak 101 kes.
Negeri-negeri lain hanya mencatatkan puluhan kes manakala Perlis pada hari ini kekal sebagai negeri yang tidak mencatatkan sebarang kes positif baharu.
Daripada 1,178 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 1,158 merupakan kes tempatan manakala 20 lagi adalah kes import.
Jumlah kes aktif yang dilaporkan pula adalah sebanyak 14,399 kes. Mereka telah diasingkan dan diberikan rawatan.
Terdapat 163 kes yang sedang dirawat di ICU dan 81 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.
Jumlah kes discaj yang dilaporkan pada hari ini pula adalah sebanyak 1,377. Oleh itu, jumlah kumulatif kes discaj meningkat kepada 331,001 kes.
KKM juga turut memaklumkan bahawa terdapat 6 kes kematian yang dicatatkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian meningkat kepada 1,278 kes.
Sumber: Noor Hisham Abdullah