Gambar: Bernama

TERKINI: 1,141 Kes Baharu COVID-19 Dan 1,144 Kes Telah Sembuh, Tiada Kematian Dilaporkan Hari Ini

Aqmal Ezany

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 1,141 kes baharu covid-19 yang dilaporkan pada hari ini.

Menerusi maklumat yang dikongsikan melalui akaun Twitter rasmi KKM, 1,141 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan meningkat kepada 70,236 kes secara keseluruhan.

Daripada 1,141 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 1,138 merupakan kes tempatan manakala 3 lagi adalah kes import.

Jumlah kes aktif yang dilaporkan pula adalah sebanyak 10,799 kes. Mereka telah diasingkan dan diberikan rawatan.

Terdapat 129 kes yang sedang dirawat di ICU dan daripada itu, 53 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jumlah kes discaj yang dilaporkan pada hari ini pula adalah sebanyak 1,144. Oleh itu, jumlah kumulatif kes discaj meningkat kepada 59,061 kes.

KKM juga turut memaklumkan bahawa tiada kematian yang dicatatkan pada hari ini. Justeru daripada itu, jumlah kumulatif kes kematian yang dicatatkan di Malaysia kekal sebanyak 376 kes.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia