TERKINI: 1,116 Kes Baharu Covid-19, Antara Angka Yang Terendah Tahun Ini

Edayu

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laman Twitter rasmi mereka memaklumkan bahawa sebanyak 1,116 kes positif Covid-19 dicatatkan hari ini. Kes positif hari ini antara angka yang terendah setakat tahun ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif adalah 334,156 kes.

Daripada jumlah tersebut, kes aktif menunjukkan penurunan kepada 14, 134 kes. Terdapat 150 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi termasuk 60 yang memerlukan bantuan pernafasan.

Bagaimanapun, kes sembuh menunjukkan angka tinggi dari kes positif hari ini iaitu 1,495 kes.

Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan lagi 5 kes kematian. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian meningkat kepada 1,238 kes.

Senarai pecahan kes mengikut negeri.

Sumber: KKM