TERKINI: 11,079 Kes Baharu Positif Covid-19, Kes Harian Tertinggi Setakat Ini

Edayu

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan peningkatan kes tertinggi dengan bacaan sebanyak 11,079 kes setakat hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negara kita adalah 855,949 kes.

Menerusi pecahan kes baharu mengikut negeri yang direkodkan hari ini menunjukkan negeri Selangor kekal mencatat kes tertinggi dengan 5,263 kes diikuti dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 1,521 kes.

Selain itu, Negeri Sembilan juga turut mencatat kes tinggi dengan bacaan 1,033 kes diikuti dengan negeri Kedah iaitu 497 kes. Bagaimanapun, Perlis kekal mencatat sifar kes baharu.

Sumber: DG Noor Hisham