
Setakat hari ini, 3 Mac 2021, Kementerian Kesihatan Malaysia mengesan lagi 1, 745 kes baharu positif Covid-19.
Daripada jumlah kes baharu hari ini menjadikan jumlah kes aktif adalah 24, 025. Sejumlah 195 pesakit sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuklah 95 memerlukan bantuan pernafasan.
Sehubungan dengan itu, jumlah kes sembuh turut mencatat jumlah yang tinggi dengan 2,277 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh adalah 280, 707 kes.
Dukacita dimaklumkan bahawa pertambahan kes kematian akibat Covid-19 iaitu 7 kes kematian. Jumlah kumulatif kes kematian mencecah 1,148 kes.
Ini senarai pecahan kes positif baharu di setiap negeri.

Sumber: KKM