Pelakon bernama Jeremy Bulloch yang pernah melakonkan watak Boba Fett dalam filem trilogi Star Wars yang asal telah dikatakan meninggal dunia di usia 75 tahun, lapor BBC.
Beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di hospital pada Khamis akibat daripada komplikasi kesihatan selepas hidup dengan penyakit Parkinson selama bertahun-tahun, kata ejennya.
“Beliau mempunyai karier yang panjang dan bahagia merangkumi lebih dari 45 tahun,” kata satu kenyataan.
“Beliau meninggalkan seorang balu, tiga anak lelaki, serta 10 cucu dan mereka pasti akan sangat merindukannya.”
Bulloch sangat terkenal kerana memainkan watak pemburu upahan Boba Fett dalam filem The Empires Strikes Back and Return of the Jedi.
Karakter tersebut sejak dari itu muncul dalam siri Star Wars spin-off, The Mandalorian.
Bulloch juga turut pernah muncul dalam filem James Bond Octopussy pada tahun 1983, dan siri TV BBC Doctor Who pada tahun 1970-an.
Sumber: BBC