Seorang pelajar dari universiti Hangzhou, China membuat keputusan drastik dengan melarikan diri daripada perintah berkurung di kampusnya semata-mata kerana teringin ‘hotpot’.
Menurut laporan media tempatan, pelajar itu ‘tertangkap’ setelah rakaman CCTV di universiti itu menunjukkan seorang individu sedang berenang menyeberang sungai untuk ke luar dari kampus.
Difahamkan, para pelajar yang ingin keluar kampus perlu mendapatkan borang permohonan kerana universiti masih dalam tempoh pasca wabak COVID-19.
Pelajar tersebut dikatakan enggan mengikut prosedur yang betul dan nekad berenang menyeberang sungai demi memenuhi keinginannya yang mahukan hidangan makanan periuk panas, ‘hotpot’.
Rakaman CCTV itu telah dimuat naik pihak universiti melalui aplikasi Weibo dan pelajar tersebut telah diberi amaran sebaik pulang ke kampus.
Hotpot punya pasal from sajesebar on Vimeo.
Sumber: Shanghaiist