Salt Bae Pegang Trofi Piala Dunia
Kredit Daily Mail

Terima Kecaman Hebat Insiden Salt Bae Pegang Trofi Piala Dunia, FIFA Akhirnya ‘Buka Mulut’

Syed Faisal Sayed Muhammad

Terima Kecaman Hebat Insiden Salt Bae Pegang Trofi Piala Dunia, FIFA Akhirnya ‘Buka Mulut’

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah mengakui bahawa Salt Bae tidak sepatutnya berada di atas padang meraikan kejayaan Argentina dalam perlawanan akhir Piala Dunia serta memegang trofi kemenangan.

Salt Bae atau nama sebenarnya Nusret Gokce dilaporkan telah melanggar peraturan FIFA dengan menyentuh dan memegang Piala Dunia selepas Argentina berjaya menewaskan Perancis menerusi penentuan sepakan penalti pada perlawanan akhir Ahad yang lalu.

Baca: Kebanyakan ‘Owner’ Terlepas Pandang, 5 Perkara Penting Ni Kena Teliti Betul-Betul Sebelum Perbaharui Insurans Motosikal

Kredit Daily Mail

Badan induk bola sepak dunia itu telah memilih untuk berdiam diri susulan perbuatan yang dilakukan Salt Bae.

Tindakan tersebut walau bagaimanapun telah mendapat kritikan secara meluas di media sosial sebelum pada akhirnya berjaya memaksa FIFA untuk memberikan ulasan berkenaan perkara berkenaan.

Kredit Daily Mail

FIFA telah berikrar untuk menyiasat kejadian sebenar berkaitan bagaimana Salt Bae boleh “mendapat akses yang tidak sepatutnya ke atas padang”.

Kredit Daily Mail

Hubungan rapat antara chef Turki itu dan Presiden FIFA, Gianni Infatino telah dikaitkan dalam insiden tersebut. Salt Bae dipercayai telah diberikan pas VVIP oleh Gianni sendiri, walaupun dia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan bola sepak mahupun pasukan yang terlibat dalam kejohanan itu.

Kredit Daily Mail
Kredit Daily Mail

Melalui pas VVIP tersebut, Salt Bae dikatakan dapat akses ke padang Stadium Lusail dan sempat bergambar sambil memegang trofi ikonik itu.

FIFA difahamkan mempunyai satu set peraturan bagi trofi Piala Dunia itu. Peraturan tersebut menggariskan bahawa hanya individu yang berkaitan atau disenaraikan sahaja yang dibenarkan menyentuh trofi berkenaan.

“Sebagai salah satu ikon yang berharga dan simbol sukan yang paling digemari di dunia, Trofi Piala Dunia yang asli hanya boleh disentuh dan dipegang oleh beberapa kumpulan individu sahaja, antaranya ialah bekas juara Piala Dunia FIFA dan ketua-ketua negara sahaja,” tulis laman rasmi FIFA.

Kredit Daily Mail

Salt Bae yang tidak memenuhi mana-mana kriteria yang digariskan oleh FIFA telah secara terbuka mempromosikan gambar dirinya bersama dengan trofi itu di Instagram miliknya.

Dia juga dapat dilihat cuba menyertai keraian sambutan kemenangan pasukan Argentina selepas kemenangan mereka ke atas pasukan Perancis.

Dalam beberapa siri video, Salt Bae telah menunjukkan aksi yang kelihatan janggal untuk ditonton dalam cubaannya untuk memegang trofi dan bergambar bersama Angel di Maria dan Lisandro Martinez.

Bekas Pengerusi Crystal Palace dan pakar talkSport, Simon Jordan turut membidas FIFA berhubung kemunculan Salt Bae dan menuduh badan induk bola sepak itu sebagai ‘kroni’.

“Ia bercanggah dengan konvensyen, ia melanggar protokol,” kata Jordan pada talkSport.

“Ia kelihatan seperti kronisme, ia berbau krosnisme, ia berjalan dan bercakap seperti kronisme, jadi teka apa itu? Ia berdarah kronisme.

“Ia tidak profesional. Tiada tempat untuknya. Dia tidak sepatutnya berada di atas padang,” kata Jordan lagi.

Chef terkenal itu telah menjalin persahabatan dengan selebriti terkenal sejak dia meraih populariti pada tahun 2017 yang lalu. Dia terkenal dengan aksi uniknya dalam menabur garam pada masakannya.

Kredit Instagram/nusr_et
Kredit Instagram/nusr_et

Sebelum ini, bintang pop terkenal Rihanna turut pernah melakukan aksi yang sama iaitu memegang trofi sewaktu Jerman menewaskan Argentina pada perlawanan akhir di Brazil pada 2014.

Badan induk bola sepak dunia nampaknya tidak mengulas mengenai perbuatan Rihanna itu yang telah melanggar peraturan.

FIFA sebelum ini telah memberikan pengecualian kepada peraturan mereka mengenai Piala Dunia kepada pasukan bola sepak kurang upaya Brazil.

Tidak jelas sama ada Salt Bae dan Rihanna diberi pengecualian yang sama oleh organisasi itu.

Sumber: Daily Mail