Ramai antara kita yang terkesan susulan daripada penularan wabak pandemik Covid-19. Mana tidaknya, tanpa pekerjaan serta pendapatan untuk menampung keperluan harian, semua orang pastinya akan buntu memikirkan bagaimana untuk menyelesaikannya.
Walaupun begitu, kita perlu sentiasa beringat bahawa, susah macam mana pun, pasti ada orang yang lebih susah daripada kita.
Terbaru, dalam satu perkongsianya yang dimuat naik oleh pendakwah bebas, Ebit Lew, beliau ada berkongsikan tentang seorang makcik yang telah hidup sebatang kara sejak kematian suaminya pada 15 tahun lalu.
Menurutnya, ketika beliau mula-mula membuka pintu rumahnya, satu rumahnya berbau najis. Kini dalam perkongsian terbaru, beliau bersama beberapa sukarelawan yang prihatin berjaya membantu makcik ini. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:
Ya Allah syukur. Sebak selesai tugas dalam masa beberapa jam. Bergegas ganti tangki air dan paip baru. Supaya air laju dan bersih. Bersihkan rumah sampai wangi. Belikan peti ais baru. Katil baru tilam cadar baru semua. Meja dan kerusi baru. Rice cooker dan cerek baru. Senyum menangis makcik ini tengok semua baru-baru.



Kak Ros Rela mandikan makcik ini. Potong kuku dan wangikan. Guntingkan rambut. Cantik sangat dah. Senyum lebar makcik ini. Makcik tiba-tiba nak berwuduk nak solat. Terkejut dengar.

Jemput kami raya rumah. Masa pakai selipar baru senyum. Satu selipar lagi simpan pakai hari raya kata makciknya. Syahdu dengar. Ni baju raya makcik. Masak rendang untuk saya makcik. Makcik tak pandai masak rendang katanya.

Terima kaseh semua jiran yang dekat yang membantu. Sebab makcik ini memang tak buka pintu orang datang. Berkat doa syukur makcik ok jer kita buat semua tu.
Makcik ini berbual macam biasa. Sihat jer. Ya Allah. Suka bergambar makcik ini. Juta kali berbeza dari pagi tadi. Ya Allah terima kaseh ubati hati ini setelah duka tadi. Senyuman makcik ini ubat hati saya.

Jiran-jiran terutama Kak Ros rela akan gilir-gilir membantu makcik ini. Kami dah ganti tombol supaya Ros boleh sentiasa tengok keadaan makcik ini. Senang keluar masuk rumah. Terima kaseh semua yang terlibat. Semoga Allah terima semuanya.
Saudaraku, disebalik ujian ada rahmat
Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian ke akaun tertera seperti berikut:
Pertubuhan Kasih Umat Malaysia
cimb 8603546376
Sumber: Ebit Lew