Wanita ini berdepan dengan situasi di mana kekasihnya curang bersama rakan baiknya sendiri. Bermula pada hari itu, gadis berbadan gempal ini mengambil keputusan untuk turunkan berat badan dan berjaya hilangkan berat 30kg dalam masa empat bulan.
Hancur perasaan apabila mendapat tahu kekasihnya menjalinkan hubungan sulit bersama rakan baiknya, gadis yang dikenali sebagai Nguyen Thi Thao Nhi menjadikan kisah ‘patah hati’nya sebagai motivasi untuk mengubah penampilannya.
Dulu pernah jadi ‘mangsa’ ejekan kerana berbadan besar.

Pada awalnya, dia tidak mempunyai keyakinan namun sepanjang bercinta, kekasihnya sering memuji dirinya. Selepas tiga tahun, dia mendapat tahu kekasihnya sudah berubah pandangan kepada orang lain.
Bermula dengan berhenti makan makanan ringan seperti snek dan tidak minum teh bersusu.
Selain itu, jadual pemakanan dietnya sangat ketat. Dia berdisiplin tentang pengambilan makanannya sekaligus menjaga jadual senamannya agar tujuan untuk menurunkan berat badan berhasil.
Setelah 4 bulan berusaha, berat badan Nguyen dari 80kg kini menjadi 50kg. Dia berjaya turunkan berat badan sehingga 30kg.
“Saya ingin berterima kasih kepada bekas kekasih kerana perbuatannya itu dapat memberi kepercayaan pada diri sendiri setelah berjaya hilangkan 30kg dalam masa 4 bulan. Malah, kini saya lebih bahagia,” katanya.
Kini, dia yakin dan percaya diri untuk memakai pakaian yang disukainya.
Sumber: Detik.com