
Pada hari ini, 26 Februari 2020, telah genap empat dekad usia perkahwinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melayari bahtera rumahtangga.
Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azziah telah berkahwin pada 26 Februari 1980 sebelum diuji dengan pelbagai cabaran dan dugaan setelah berkecimpung dalam dunia politik tanah air.




Menerusi hantaran terbaru yang dimuat naik oleh Anwar di Twitter, beliau mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan kepada isteri yang sentiasa menjadi tulang belakang dan setia di sisinya selama ini.
Dengan ucapan terima kasih, beserta tanda pagar #duniaakhirat dan #tilljannah, ucapan ringkas itu ternyata menarik perhatian ramai warganet yang mendoakan kesejahteraan pasangan tersebut.



Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-40 Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dari kami, selamat bercinta hingga syurga!
Sumber: Twitter Anwar Ibrahim