Bagi sesetengah orang, membantu insan lain tidak kira dari segi apa pun sememangnya memberikan kepuasan dan menambahkan rasa syukur dalam diri. Ia seharusnya menjadi ikutan ramai terutama dalam era media sosial ini.
Terbaru, sikap tersebut dipaparkan oleh bekas pemain badminton nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei, yang memberikan sumbangan kepada Masjid Al-Hidayah Kampung Sungai Penchala (MAHSP), Kuala Lumpur.
Menerusi perkongsian yang dimuatnaik oleh Facebook rasmi masjid itu, Datuk Lee Chong Wei memberikan sumbangan wang tunai dan kelengkapan untuk masjid tersebut.
Sumber: Masjid Al-Hidayah Kg. Sungai Penchala